Wednesday, December 23, 2009

dinner statistics

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Pada 11hb November yang lepas Persatuan Siswa Siswi Statistics (PESISTA) telah mengadakan satu majlis makan malam bersama pensyarah-pensyarah kesayangan student-student CS111. Beberapa hari sebelum majlis berlangsung, student-student telah membuat undian kepada pensyarah-pensyarah yang mereka sayangi dan pensyarah-pensyarah yang terpilih dan bernasib baik yang berjaya memikat hati student telah dijemput utnuk memeriahkan majlis. Kepada pensyarah-pensyarah yang tidak berjaya, sila cuba lagi pada sem yang akan datang dengan usaha yang lebih keras lagi untuk memikat hati student-student anda sampai anda digelar Pensyarah Raja Undian. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Cis! Agak kejam disitu!! Dah la tak jemput siap ade pesanan lagi ye. Memang mintak! HAHA. Mari kita betulkan ape yang ditaip tadi. Sebenarnye tiada diskriminasi di sini ye! Semua pensyarah hadir. Tapi ade yang tak datang. Tu yang pelik. Pensyarah calculus aku ade dua orang. Tapi yang datang cume satu jer. Lagi satu tu tak tau lah. Beberapa hari before majlis tu, aku, siti and atun ade tanye kat sir kiteorang yang lagi satu tu, and sir cakap die tak dijemput. Why? Bukan ke semua pensyarah yang mengajar kiteorang sepatutnye dijemput? Nak-nak lecturer tu baru lagi. Kire baru habis study and 1st time mengajarlah. Sir kiteorang yang lagi satu tu dijemput. Sir tu pun baru jugak. Tak faham betul lah senior ni. Ape-ape pun, biar benda ni stop sini jer. Malam tu semua enjoy!

Aku dengan 1st time berselendang kat kampus. 1st time bergaya. Selama ni memang bergaya walaupun memang tak bergaya pun cume malam tu jer over sikit. Yelah bukan selalu pun. Malah ade yang lagi over kot. Siap touch up muke ape semua. Aku kire low profile lagi lah. Hehe. Dandanan diimport khas dari bilik C362. Malam tu, atun bersiap kat bilik aku. Kire nak pergi dinner tu same-same lah. Sebab same-same dah janji nak pakai selendang. So tak adelah malu sangat kalau jalan nantikan. Hehe.

Malam tu aku satu meja dengan atun. So lucky lah kan! Macam tau-tau je senior-senior ni tempatkan kiteorang same-same. Hehe. Selain aku and atun, ade jugak wan, fad and yun. Mase 1st time datang tu, ade student dari kelas yang lain duduk tempat aku and atun. Aku and atun dengan segera dan sepantas kilat yang macam kilat pun agak kalah sikit beberapa minit dari kami sebab aku memang nak menang mereportkan hal tersebut kepada pihak yang berkuasa. Lalu polis pun datang dan menangkap mereka kerana telah mengambil hak orang lain. Bomba pun turut serta dalam rombangan tersebut.

At last, dapat jugak kami duduk. Malam tu, sir statistics and sir calculus aku telah mensumbangkan sebuah lagu. Tapi lecturer statistics aku nyanyi secara medley beberapa buah lagu lah. Jangan risau lecturer sekalian, video anda telah kami ambil. Har har har. Lecturer-lecturer kami memang berbakat seperti student-studentnye jugak. Sebab malam tu kami pun ade buat persembahan. Tapi aku tak join. Lakonan okek! Well, like lecturer like student. Heh! Tak sesuai betul! Sayu jugak lah. Bawang merah bawang putih versi lebaran. Touching sebab lagu die tak boleh bla. Bergenang jugaklah air mate aku. Tapi cover babe! Macho jangan kasi hilang! Sesi makan-makan berlangsung semasa persembahan dilepaskan. Ape punye bahase da!

Lepas je majlis tu habis, kami still tak habis-habis lagi. Mestilah. Mane lengkap majlis tanpa sesi photo posing-posing kan? Kalau tak ambil gambar tu umpama makan nasi goreng tanpa nasi dan yang ada cume goreng sahaja. Tak best lah bukan? So, kami telah menangkap semua gambar-gambar tu masuk dalam phone masing-masing. Aku nye cikai jer. Tak lupe jugak photo dengan lecturer okek. Tu penting tu. Tapi jangan lah jadi degil! Kalau orang dah cakap nak gambar privacy berdua je kamu jangan la pulak still nak menyelit kat belakang tu. Perbuatan itu sungguh tak gula dan annoying lah. Tolonglah hormati privacy orang. Bukan nye tak cakap, malah my frenz dah tolong cakapkan dah yang nak amik picture tu berdua sahaja, gambar privacy. Kalau tak faham tu tak tahu lah. Tapi memang orang nye tak faham pun. Sabar jelah aku.

At the end nye, berlakulah ke”frust”an yang melampau. Sampai terjadi nye kisah-kisah charlie’s angel. Yelah sebabnye yang tak faham bahasa itu telah melakukan posing yang tak gula seperti charlie’s angel. Sungguh kesabaran.

Tapi aku still akan ingat malam tu. Kalau pergi downtown, aku akan lalu kat situ. So, akan teringat lah secare tak sengajenye scene photo memoto malam tu. Kalau lah die tak degil and photo tu tak gegar…. Ok lah. Cukup! Usah dikenang kisah lalu. Fikir lah pada masa akan datang. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Sekian, yang secara tibe-tibe je ayat tu masuk, trimas!

Thursday, November 19, 2009

kembali pulang

Finally I’m home.. Tensionnye duduk rumah without mummy tercinta and daddy tersayang.. Tak boleh buat ape-ape pun. Daddy tersayang selalu kasi je kalau aku nak buat something asal tahu jage diri and name yang aku bawak. Bile mummy tercinta and daddy tersayang tak ade, susah nak buat ape-ape. Motor kesayangan yang boleh dianggap sebagai kekasih gelapku pulak tak boleh bawak.. Betul-betul patah kaki aku. Benci! Sedey..!!!!! Faham tak? Tak faham pun tak ape tak masuk final pun. Hurmm..

5hb Disember!! Bila lah nak sampai tarikh ni. Tak sabar dah nak jumpe mak and ayah. Macam rase rindu kat kekasih hati pulak rase nye. Aik? Bila mase pulak aku tau rase rindu kat kekasih hati nie? Ok, bukan tu sebagai perumpamaan je. Sudah la.

Penat jugak kemas rumah. Macam dah lame kena tinggal and tak ade orang yang tinggal je rasenye. Berhabuk nye tak payah cakap la. Nak menyapu sampai dah nak terpatah pinggang nie. Nasib baik wonderpet datang tolong. Ini serius! Tibe-tibe ming ming berkata. Dan sejak bila pulak lah kan wonderpet pandai menolong manusia ni? Terasa macam hebat bila 3 ekor haiwan yang kecik tolong manusia yang besar. Yeah! Betul la kata mereka. Kami tak besar dan kami tak kuat tapi bila bekerjasama semua jadi senang. Yeah! Wonderpet!! Uish! Betul ke ini? HAHA. Buat-buat betul sudah.

Sekarang ni aku tengah melayan lagu Ronan Keating, If Tomorrow Never Comes. Yup! Lagu lame, tapi sukelah. Huhu. Dari lagu Aliff Satar, Jangan Nakal yang baru tu. Sorry lah kalau ade yang terbace blog ni suke kat lagu Aliff yang baru tu ea..But for me, ntah ape-ape jelah lagu tu. Tapi tak ape. Semua orang ade pendapat sendiri kan.

Duduk kat rumah nie, tibe-tibe je rindu kat kampus. Rindu nak study group dengan wan and yun. Kami selalu lepak sama-sama sejak nak final exam hari tu. Yang tak boleh bla nye, kami ade tempat persembunyian sendiri. Walaupun tak berapa nak sembunyi sangatlah kan. Tapi boleh la. Tempat tu start jadi tempat kiteorang sejak aku and wan terperangkap kat fakulti sebab hujan lebat petang tu. Kami baru je lepas jumpe lecturer calculus time tu. Usha skema jawapan kat Sir. Hehe. Dan berjaya! Haha. Mase tu macam 1st time aku balik lambat. Dalam pukul6 lebih macam tulah. Lepas-lepas tu, kalau hujan dah tak risau dah. Boleh duduk situ lame pun tak ape. Hehe.

Tempat tu best. Dekat dengan bilik lecturer and kalau nak solat pun boleh, senang. Nak bersenang lenang kat situ pun boleh. Kalau pagi-pagi kiteorang study ramai-ramai dengan zati, shidot, faidah. Petang tu, kadang-kadang kalau tak penat kami melepak la kat situ. And sejak nak final tu, aku jarang la kat bilik. Selalu spend time dengan classmate. Lunch, dinner sama-sama. Nasib baik aku tak amik breakfast, supper ke ape. Kalau tak semua dengan diaorang. Haha.

Kalau kat kampus rindu pulak kat Melaka. Yelah nak jumpa sahabat-sahabat kat Melaka. Tapi mostly budak matriks dah balik hostel dah. Yang ade tinggal aku, sahabat kipas susah mati, and sahabat karibku. Tu pun sahabat karib ku balik Melaka lambat. Die turun Kl dulu. Next week baru die balik Melaka. Walaupun kat kampus aku ade kawan-kawan baru. Tapi sahabat-sahabat aku tetap aku tak lupa. Harap mereka juga begitu. Yeke??

And tak lupa jugak la. Kem! Tak habis-habiskan aku ni? Kalau ingat kat sahabat-sahabat, mesti kem tak ketinggalan. Well, mestilah. Dah cuti sem ni, bilalah aku dapat jejak kaki kat sana. Dah patah kaki ni. Kena tunggu mummy sayang and daddy tercinta balik ni. And guess what, hari tu sahabat panggil kerje. Well, dah excited la ni nak pegi. Tibe-tibe tak dapat pegi pulak dah. Well, kan dah patah kaki. Sedar diri cukup. Lagi pun memang kena grounded pun 3 bln. Tak hengat ke? Motor tu pun macam tau-tau je kena grounded. Tapi motor kesayanganku, walaupun aku kena grounded, before my daddy and mummy pegi, aku dah cakap nanti aku nak keje mase cuti sem and dah dapat permission pun. Kenapelah u tak faham?? Siut! Yang paling mentersayukan sampai bengkak hati ni menangis tak boleh bla adalah aku dah packing barang nak pergi okeyh! Ini buktinye. Bengkak tak bengkak sangatlah kan. Faham-faham sendiri sudah. Tak naklah cakap lagi, kang ade yang cry teroverdose kang.

Balik rumah hari tu, my big bro and the small bro tak lupe jugak my sisterhood muah muah jemput. Malam sabtu. Tak sangka. Mula-mula cakap jemput hari ahad. Tibe-tibe tukar plan pulak. My middle bro tunggu kat rumah. Banyak kot barang aku. Tu tak termasuk baju-baju yang dah dikemaskan bagai nak rak memikirkan nak letak kat mane dalam closet. Sabar jelah. Iktibar next sem akan bawak lagi banyak barang dari tu macam bilik tu aku sorang je yang akan duduk, banyak sampai tempat nak tidur pun dah tak macam tempat tidur kalau nak kena bunuh dengan aku and nak kena hambat dengan roommate-rommate aku. Yes! BBDS sahabat! So, kat dalam blog ni, secara officially, aku nak ucapkan thanks pada classmate aku iaitu Miss Siti Noor Azura kerana telah mentolong rakan anda yang dalam kesusahan mengangkat barang dari 3rd floor ke ground floor ke kereta seperti wonderpet yang terbang dengan kapalnye tapi kali ni versi tikar terbang. Yeah!

Kali ni tak de lagi sesi perkenalan or gambar rakan-rakan ku yang terbaru. Nanti post akan datang baru Upload picture diaorang.

Tuesday, November 10, 2009

kehidupan baru..

setelah lame aku kat dalam dunia kampus nie.. baru hari ni aku dapat mase nak buat new post.. tapi disebabkan dah lame tak menulis..aku tak tau nak tulis pasal ape.. lagi pun, sekarang aku tengah final exam.. my gosh! rase macam baru semalam je aku daftar kat kampus nie..tibe-tibe tup tup aku dah nak habis satu sem kat sini.. macam tak percaye je aku dapat survive kat tempat orang.. jauh dari parents, family and friends.. macam-macam pengalaman dah aku dapat.. banyak event yang jadi kat sini yang teringin aku kongsikan dengan semua..tapi sekarang bukan mase yang sesuai untuk aku menulis kisah hidup aku kat kampus nie..

aku pun jarang online kat sini.. wireless hanya dapat bile ade kat fakulti je.. food court kolej tak tau lagi bile nak pasang WiFi nye.. dari awal sem dengar cakap nak pasang.. tapi at the end nye, kolej lain pulak yang dapat dulu. ceh! tak puas hati betul aku.. tapi tak pe.. nanti aku pulak yang susah nak study, sebab dah dapat online dengan senang hati nyer..hahaha.. hurm..tak tau lagi nak cakap ape.. lebih kurang dalam lime hari lagi aku kat sini.. dalam mase lima hari tu, aku ade dua paper lagi nak kena hadap.. core subject pulak tue.. then, i'll be at home sweet home..

tak sabar rase nye nak balik.. rindu kat semua.. walaupun mak ayah tak de kat rumah, tapi diorang still ade kat dalam hati aku.. tak pe.. moge amal ibadah mak and ayah kat sane diterima Allah SWT..insyaAllah..amin.. doakan saye ye, mak, ayah.. i'll always love and miss you all.. oklah, nnt bile-bile mase aku free kat rumah, aku akan online and buat new post pasal life aku kat kampus nie.. till then..bye..

Friday, July 31, 2009

outing dengan sahabat


Aku rase happy ah balik rumah this week. Bukan aje dapat lepak kat kem, aku dapat jumpe mama, hang out dengan sahabat-sahabt sekalian. Semua yang aku nak mase aku kat kampus, semua aku dapat buat dalam mase seminggu nie. Memang rindu giler kat diorang sepanjang kiteorang dah berpisah badan ni kan. Ok, before this kiteorang memang bukan kembar pun. Bukan keluar dari satu rahim pun. Mak ayah lain-lain. Kami semua terpisah jauh sebab nak belajar.

Tapi bila dah jumpe, waw! bahagia dowh! Cume yang tak dapat aku jumpe adalah yati. Kecian die. Rindu kat die. Die lah yang rajin bagi mesej and sahabat yang memahami bila sahabatnya ini tak dapat reply mesej die. Die akan call. Borak- borak dengan die. Teringat mase die call aku kat kampus dulu. Tapi tak tahu, maybe dapat jumpe kot. Sebab die balik hari ni (jumaat). Tak sure lagi lah. Love and miss you, Yati!

Rabu hari tu, aku hang out dengan sahabat-sahabat. Fira, Huda, Kema, Syafiq, Zetty and member lama, Amira which is now die pun kawan Fira, my bff jugak. Satu kampus and satu course dengan my bff tu. And again yang tak dapat join adalah yati, and sahabat kipas susah mati. Best dapat hang out macam tu. Rase macam back to holiday dulu. Macam mase cuti panjang dulu. Cume rase tak lengkap tanpa kehadiran Apisz and Yati. Yati sebab tak cuti, Apisz pulak sebab kuliah dah start.

Aktiviti yang dibuat hari tu adalah makan-makan, jalan-jalan, shopping sikit, lebih banyak window shopping ah. Dari nak tengok wayang tak jadi sebab nak main bowling. Dari nak main bowling tak jadi sebab tinggal satu line jer. So, beramai-ramai buat rombongan ke Dataran Pahlawan. Ingat kat situ ade bowling, tapi tak ada. Yang ade cume kat Mahkota Parade. Pasrah aje lah. Tension tak dapat main bowling!! Tapi tak ape. Syukur sebab dapat jumpe sahabat-sahabat.

Aku dengan my bff ku, Fira, seperti biase mencari something untuk dibeli bersama-sama. So, untuk hari tu, kami beli 3 benda yang sama. Iaitu, sandal, tempat gantung keys and something yang tak boleh nak share ah. Haha. Rahsia lah ea? Hehe.

Ni adalah antara shot terbaik dari kamera fira.







Ok. Itu aje untuk kali ini. Tak tahu lagi bile dapat update blog. Ahad ni dah nak balik dah. Naik bas dari Melaka terus ke Seri Iskandar. Nanti bas tu akan stop dekat depan UiTM kate nya. Will be missing ape yang aku tinggalkan kat Melaka ni.~

Monday, July 27, 2009

balik kampung 2#

sambungan dari balik kampung 1#

Malam mase aku chat dengan sahabat kipas susah mati tu, die ade cakap ade group masuk kem minggu ni. And group tu datang dari sekolah my daddy muah muah. Wahaha! Aku excited lah nak join kem minggu tu. Usha my daddy muah muah untuk join aktitvi kat kem. Yes! Dapat! Tapi syaratnye tak boleh tidur sane. Ok,fine. Tak ape.

Malam tu, my daddy muah muah ajak pergi kem. Aku nak join night walk yang dah lame aku tinggalkan. Haha. Well, jadi hantu of course. My daddy muah muah cakap nanti die jemput after habis aktiviti. Giler ah! Kalau habis dalam 2,3 pagi macam mane?? Tapi dah die cakap macam tu, layan jelah. Asal dapat join cukup. Tapi dalam mase yang same bawak jugak baju nie. mane lah tau kan, balik lambat, tidur sane kan. My mum yang tercinta pun suruh bawak actually. Haha. Last-last, memang tidur kat sane pun. Mama muah muah suruh tidur situ dengan kawan-kawan girl Along. Aku pun dah bawak baju, my daddy kena lah pasrah je. Haha. Jahat aku nie.

Best la night walk malam tu, sebab ramai jugak la yang menjerit tak boleh bla. Especially girl la. And yang paling ingat mase ade sorang Indian student that is the small-small one, cakap “abang, tolong bang”. Memang tak boleh bla. Sahabat kipas susah mati boleh buat dunno jer. Kecian budak tu. Aku yang dah pakai telekung ni manalah boleh buat ape-ape. Kang lagi takut budak tu kang adelah. Nasib baik ade lagi sorang kawan die kebetulan jalan mase tu. Actually,die ni jalan berdua dengan lagi sorang student, tapi sebab die nak mintak tolong punye pasal, die dah kena tinggal dengan kawan die tuh. Haha. Sengal!

Mase budak-budak girl jalan pulak ade yang lari patah balik tengok Abg Toyak yang serba putih dengan telekung tu. Menjeritlah budak tu. Abg toyak pulak boleh kejar budak tu dengan telekung tu, manelah budak tu nak berhenti. Haha. Bile abg toyak dah bukak telekung tu baru budak tu stop lari, ikut abg toyak jalan. Bukan tu je, sampai kat aku pun budak tu takut jugak. Sampai aku pun kena bukak telekung yang aku pakai tu nak prove kat die yang aku ni manusia. Budak tu tak boleh tengok aku dengan telekung tu. Memang tak boleh bla.

And yang paling mesti wajib harus diingati adalah time ade dua orang girl lari sambil jerit “Pak Let..!!Pak Let..!!”. Padahal die tak tahu yang Pak Let pun ade join takut kan diorang kat depan tu. Memang tak tahan lah time tu! Kelakar habis!

Last but no least, mase akhir tu, aku kena jalan dengan dua girl yang menangis sebab takut. Ajak punye ajak punye ajak punye pujuk lagi yang sorang tu still tak nak jalan jugak. Sampai aku cakap nak tinggalkan die and jalan dengan kawan die tu jer. But still die tak nak jugak. Then, abg chica and sahabat jalan dengan kiteorang. Budak tu jalan sambil nangis. Rupe-rupenya Along ade kat depan pakai telekung jugak. Haha. Siap nak berlawan ape semua. Budak tu jerit lagi. Kecian girl tu.

Night walk tamat malam tu. Malam tu sempat join sahabat jaga kedai. Then, malam tu tidur kat bilik dengan kawan Along. Ingat nak tidur dengan kak ika and fina je. Tapi tak apelah. Lagipun dah cakap dah dengan kawan along tu nak tidur kat bilik. So, zzZZZzzZZZzz sambil dengar mp3…

balik kampung 1#

Hollahu.. I’m back now! Thank’s to AH1N1. haha. Kalau tak mesti sekarang aku tengah terhegeh-hegeh mentidurkan diri sebab esok pagi (isnin pagi) ade kelas pukul8. Eh! Tapi tak jugak sebab sekarang UiTM seluruh Negeri dah ditutup kerana cuti sem dianjakkan. Kecuali UiTM sahabat kipas susah mati aku. Yelah sebab UiTM die dah cuti awal hari tu. Kesian sahabat aku tu. Be tabah my friend!

Aku diarahkan balik atau dalam kata lain macam dihalau dari kampus hari Rabu, petang. Mase dia umumkan suruh balik tu, aku tengah solat zohor. Ya Allah, tak khusyuk solat aku dibuatnye. Mana taknye, kebetulan before aku solat tu, sempat discuss dengan roommate and die punye classmate pasal virus ni and cakap “bile kite nak balik ni??”. And announcement tu dengar jelas kat telinga sebab pintu terbuka luas, memang lah buat aku berdebar-debar time solat tu! Ceh!

Dah sudah solat tu, puaslah aku and roommate aku mengemas. Angkut barang mane yang perlu. Masuk kan semua barang dalam almari, tak muat buat-buat muat jugak! Eceh! Ini tipu. Tekad nak balik time tu gak, hari tu gak!! Tunggu lagi sorang roommate aku yang pegi klinik sebab batuk and selsema. Nasib baik tak ade virus tu, kalau tak… Nyah kau dari sini! Haha. Then, mensuruh classmate roommate aku belikn tiket balik Melaka!!!!! Fuh! Excited sungguh. Ok jangan la tengok pelik sangat. Tolong jangan kacau excited aku ni. Tolong faham perasaan orang yang first time duduk jauh dari rumah nak balik rumah first time naik bas first time naik sorang-sorang pun first time jugak ok!

Dari suruh classmate roommate aku tu belikan tiket terus tak jadi. Sebab nak balik sama dengan roommate aku yang tinggal kat KL tu. Tapi,last-last die yang tinggalkan aku. Sebab tiket balik KL mase tu tinggal satu jer, and abg Kodomo Lion pesan kalau agak-agak sampai KL lambat terus amik tiket ke melaka sebab nanti akak tak dapat nak jemput, train pun sampai pukul11 jer, katanye. Last-last tiket ke Melaka pun tak ade. So, pasrah je ikut roommate balik rumah die. Aku bukan ape. Tak biase duduk rumah orang. Susah la nak suruh aku duduk kat tempat selain dari rumah aku. Nak-nak pulak,aku memang dah target balik malam tu. Ikut kan hati, aku boleh je tinggal ke kat bus station tu. Yelah bukan aku sorang je pun yang tak dapat tiket lagi. Tapi, bersyukur and best jugak sebab pergi rumah die. Suasana kampong. Best. Rumah aku pun kat kampong jugak.

Esok tu, hari khamis pagi-pagi lepas solat subuh, mandi and sarapan, roommate aku and ayah dia hantar aku ke bus station teluk intan. Beli tiket pukul9 ke KL. Tak ada yang terus ke Melaka. Sabar jelah. On the way ke Kl tu, laparlah pulak. Nafsu makan aku memang membuak-buak sikit sejak duduk hostel nie. Nasib baik bus berhenti kat r&r Ulu Bernam. Menggeluporlah aku cari makan. Tapi yang ringan-ringan jelah. Mase uncle tu bagi pun 10 minit je. Beli terus naik je bus. Best lah dalam bus tu, aku duduk sorang je kat couple sit. Boleh buat ape aku suke. Haha.

Sampai Kl dalam dekat nak pukul12. My sisterhood forever and ever#2 suruh call bile dah sampai rawang, tapi die still lambat sampai kat Pudu. Ceh! Sabar jelah adik mu menunggu mu ok. Ingat sempat lah launch ke kat sana. Tapi bonda tercinta muah muah suruh balik cepat. Ok,tak ape. Anakmu ini tahu dirimu amat merinduinya. Haha. Kebetulan ade tiket time tu jugak ,pukul12.30, beli tiket, beli donut terus naik bus. Sampai Melaka dalam pukul2 lebih. My parents muah muah jemput kat Melaka Central dengan senyuman yang lebar and rindu yang membuak-buak. Haha.

Aku mengadu lapar, then pergi makan kat Tesco. Before that, mase dalam bus sempat mesej and call roommate-roommate bagitahu dah sampai Melaka. Sempat jugak mesej dengan sahabt kipas susah mati mase kat rumah roommate malam tu. Janji nak online nanti! Excited nye….. Macam-macam lah yang aku sempat buat before ke after ke mase-mase tu. Haha.

Sempat jugak usha lappy from my daddy muah muah. Tapi tak kesampaian. Sebab orang kat PC World tu suruh tunggu time PC Fair kat MP pada 7-9 Ogos nanti. Katanye nanti ade keluaran terbaru and segala jadahnye. So, nanti tak adelah menyesal beli awal. Thank’s, Mr PC world. Haha. So, pada siapa-siapa yang tengah dok usha nak beli lappy, bolehlah merajinkan diri ke
PC World di Mahkota Parade, Melaka dari 7-8 Ogos. Kat tempat lain eden tak tahu. Kalau eden tahu, eden cakap la nanti.

Petang khamis yang aku balik Melaka tu, aku merehatkan mata aku atau dalam bahasa halusnya, tidurlah. Haha. Malam tu, seperti yang dijanjikan dan seperti kebiasaan masa holiday aku dulu, aku mengonline kan diri. Tapi aku tak ingat sahabat kipas susah mati dah online ke tak time tu. Tapi yang aku sure kami online lah malam tu. Rindu giler ah chatting dengan die. Tunggu jugak bile member-member matrik nak online, tapi hampa, tak ade sorang pun yang online. But, life must go on. Huhu.

Sesi chat kami malam tu, aku telah mendapat seorang kawan baru, iaitu classmate sahabat kipas susah mati, nurul namanye. Ok. For your information, sahabat kipas susah mati aku amik course bisness management di UiTM Melaka. Kami buat conference chatting. Then dah lame-lame chat tu, nurul out dulu. Mengantuk katenya. Tinggallah aku and sahabat kipas susah mati. Chat seperti biase. Tiada hala tuju, atau topic yang specific.

Tamat sesi chat malam tu. Malam esok nya tak chatting. Guess pe yang aku buat? Sahabat kipas susah mati tak online sebab keje kat kem, aku?? Nantikan sambungan nye ye. Dah ngantuk lah. Nyte.

*nantikan sambungan di balik kampung 2#

Wednesday, June 24, 2009

selamat tinggal

Untuk entri kali ni,

First of all, aku memohon seribu kemaafan. Aku akan tinggalkan blog ni kerana tuntutan belajar. Tapi kalau ade kesempatan or ade kemudahan, aku akan update. Aku akan tinggal kan desktop aku, internet, rumah, melaka, YM aku, bilik, sahabat kipas susah mati. Malam ni adalah malam akhir aku chat aku dengan die. Semua orang tak mahukan perpisahan, begitu juga aku.

Banyak kenangan aku kat sini. Keluar dari melaka macam meninggalkan zaman silam aku, macam meninggalkan satu harta yang amat berharga. Yang aku tak dapat dari tempat lain. Di sini lah tempat lahir aku. Di sini lah tempat tinggal aku. Di sini lah, sahabat-sahabat aku. Di sini lah, semua mereka-mereka yang penting dalam hidup aku. Maafkan aku meninggalkan kamu. Tapi semua ni aku lakukan demi belajar. Relakan aku pergi. Redhakan perpisahan ini. Restui perjalanan hidup aku selepas ini. Maafkan aku menangisi perpisahan ni. Kerana aku amat lemah berhadapan dengan perpisahan.

Maafkan aku,

Maafkan aku kerana hadir dalam hidup kalian, sehingga membuatkan kita semua tak dapat menerima perpisahan ini. Maafkan aku kerana menghabiskan masa bersama kalian sepanjang cuti ini. Maafkan aku juga kerana sekarang aku yang pergi jauh dari kalian setelah mencipta segala memoir indah bersama kalian. Maafkan aku semua kesalahan aku. Maafkan..

Aku yang jauh dirantau orang, tolong jangan lupakan aku. Jangan lupe khabarkan berita gembira, suka duka kalian tanpa aku di sisi. Aku tak mahu ketinggalan. Aku mohon.

Air mata,

Tolong jangan mengalir. Tolong berhenti. Bergenang pun jangan. Kenapa mesti mengalir? Bukan kah perpisahan itu adat dalam pertemuan? Kalau kita berpisah di dunia, akhirat sana harap bertemu. InsyaAllah. Air mata, mengertikah engkau akan perpisahan dan perasaan ini? Sehingga kau mengalir keluar dari mata ini. Bodoh! Semua ni atas kehendak diri kau sendiri. Kau yang membuatkan dan mengkehendakkan air mata ini mengalir. Semuanya salah kau!

Hati,
Perasaan,

Tolong jangan terluka. Tolong jangan bersedih. Terimalah perpisahan ini. Be tabah my friend.

Maafkan aku kerana terlalu emo dalam entri kali ini. Tapi bagi aku peluang untuk mengahrgai mereka yang hadir dalam hidup aku yang hanye seorang tak punya ape-ape. Miskin harta. Tiada yang istimewa pada diri ini. Hanya hamba Allah yang lemah.

selamat tinggal